Minggu, 16 Maret 2014

Kita Bertemu Selepas 40 Tahun Dimatikan

Salam semua,





Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha P erkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.
Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.  Mereka ialah:
  • Pemimpin yang adil.
  • Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  • Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  • Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  • Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
  • Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  • Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. P ertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy’ ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
  • Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
  • Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
  • Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. P ustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat-sahabat yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
  • Sedekah/amal jariahnya.
  • Doa anak-anaknya yang soleh.
  • Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber

Selengkapnya

Sabtu, 15 Maret 2014

TRANFORMASI MENIFESTO PKR BN!



 Terbukti manifesto PR bukan angan-angan. Idea ini mula diciplak BN satu demi satu. Jika manifesto PR digambarkan BN sebagai boleh menyebabkan negara muflis, manifesto BN membuktikan ketandusan idea-idea baru untuk membangunkan negara..
Selengkapnya

Jumat, 14 Maret 2014

Super X Ray untuk kaji teras bumi

Super X-Ray untuk kaji teras bumi


Super X-Ray untuk kaji teras bumi
Ahli-ahli sains telah lama membuat spekulasi dengan tepat apa yang boleh tinggal di tengah-tengah teras Bumi dan kini penyelidik diEuropean Synchrotron Radiation Facilitymerancang untuk mengetahui melalui penggunaan pancaransuper X-Ray.

ESRF baru-baru ini mengkonfigurasikan untuk menggunakan pemecut zarah yang besar yang boleh membuat pelbagai pancaran X-Ray kuat yang menyediakan ahli-ahli sains dengan melihat pada subjek di peringkat atom.

Dipanggil mesin ID24, ia akan membolehkan saintis mensubjekkan logam tertakluk kepada tekanan yang sangat tinggi dan suhu yang biasanya hanya dilihat di dalam teras bumi, sudah tentu mereka akan memerhatikan apa yang berlaku kepada objek tersebut untuk lebih memahami teras planet kita.

Menurut Popular Science, ID24 tidak akan memulakan uji kaji sehingga musim bunga 2012 tetapi apabila ia akhirnya masuk ke dalam pengeluaran, penyelidik berharap untuk menerima 1 juta ukuran sesaat yang seterusnya akan memperlihatkan kepada mereka dengan tepat apa yang berlaku apabila unsur-unsur seperti Besi dipanaskan hingga 10,000 darjah.

Dengan memeriksa bagaimana logam dikaji pada kedalaman ekstrim, saintis juga berharap agar lebih memahami medan magnet Bumi.


[The Inquisitr]
Selengkapnya

Kamis, 13 Maret 2014

Rabu, 12 Maret 2014

Restoran Robot di Harbin China



Restoran Robot di Harbin, China

Sebuah restoran di Harbin, China telah menggunakan 20 robot bagi melakukan pelbagai tugas termasuk memasak.

Restoran Robot di Harbin, China

Ada juga sesetengah robot menjadi penyambut tetamu dan pelayan dan robot-robot tersebut bekerja selama lima jam tanpa rehat.


Restoran yang dibuka sejak Jun 2012 telah menyediakan lebih 30 menu untuk dinikmati oleh pelanggannya.

Restoran Robot di Harbin, China
Selengkapnya

Selasa, 11 Maret 2014

SAH! Ashraf Muslim Memang Telah Bernikah Dua

SAH! Ashraf Muslim Memang Telah Bernikah Dua | Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami kerana dia telah bernikah kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu.
SAH! Ashraf Muslim Memang Telah Bernikah Dua

Sehubungan itu Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Ashraf Muslim untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.

SAH! Ashraf Muslim Memang Telah Bernikah Dua

Apa pun selamat pengantin baru buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semoga perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati.Apa yang penting, jangan lupakan tanggungjawab anda kepada isteri pertama. sumber


Selengkapnya

Senin, 10 Maret 2014

Polis Rampas Dadah Bernilai RM11 52 Juta


GEORGE TOWN – Polis dengan kerjasama Jabatan Kastam Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa di negeri ini setelah menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah sintetik lebih 58 kilogram bernilai RM11.52 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, tinjauan intipan bersama antara pasukan polis dan Kastam sejak beberapa minggu lepas, polis menyerbu sebuah kedai pajak gadai di Taman Usahaniaga, Bukit Mertajam dekat sini pada 10.40 malam Rabu lepas.

“Dalam serbuan itu kita menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan peniaga kedai pajak gadai dan merampas 16.325kg dadah jenis syabu yang disorok dalam dua silinder besi dan 1.109kg ketamin,” katanya dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengarah Kastam Pulau Pinang Datuk Zulkifli Yahya.

Katanya, setelah menggeledah premis itu, polis menemui dua pucuk pistol tiruan jenis Colt’s dan WE.

Beliau berkata, polis kemudiannya membuat pemeriksaan dalam sebuah kereta milik lelaki terbabit dan menjumpai 40 bungkusan besar dan dua bungkusan kecil dadah jenis syabu seberat 40.898kg yang disumbat dalam lima silinder besi.

Noor Rashid berkata dalam serbuan di rumah lelaki itu di Jalan Bukit Kechil iaitu berhampiran dengan kedai pajak gadainya, polis menemui lagi satu bungkusan syabu seberat 92 gram dan wang tunai RM954,700 yang disembunyikan dalam satu silinder, dipercayai wang tinjauan perniagaan dadah.

Katanya polis turut menyita barang kemas dan empat buah kereta milik lelaki berkenaan yang kini direman tujuh hari untuk siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang dianggotai lelaki tempatan itu telah beroperasi sejak beberapa tahun lepas dan mempunyai hubungan dengan sindiket dadah antarabangsa.

“Menurut siasatan kita, dadah itu dibawa masuk dari China dan menjadikan Malaysia tempat transit sebelum ia diedarkan di beberapa buah negara jiran. “Sama ada lelaki yang ditahan itu merupakan dalang sindiket itu atau tidak, ia masih dalam siasatan tetapi kita akan jejak semua anggotanya berdasarkan maklumat yang polis ada,” katanya. – BERNAMA
Selengkapnya

Minggu, 09 Maret 2014

TG Nik Aziz berjaya tumpulkan keris nasionalis

Harakahdaily,14 Mei 2013




 Antara kejayaan besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah berjaya menonjolkan nilai Islam yang menolak perkauman dan tidak sesekali menzalimi kaum-kaum lain.

Menurut Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, pendekatan Tuan Guru Nik Aziz itu telah menyebabkan bukan sahaja Islam itu dipandang tinggi, malah orang bukan Islam juga menyambut baik perjuangan Islam itu sendiri.

"Saya yakin, misi dakwah yang merentasi bentang perkauman dan darah bangsa yang dibawa oleh Tuan Guru telah bertinjauan menumpulkan keris nasionalis yang diasah oleh golongan-golongan tertentu.

"Hasilnya, non muslim begitu menyambut baik perjuangan Islam dan tanpa segan silu mengangkat panji-panji perjuangan Islam kerana yakin bahawa Islam tidak pernah menzalimi penganut agama lain sebagaimana yang telah terbukti di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Serah Tugas Menteri Besar di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim hari ini.

Selain itu juga kata Ahmad, 23 tahun memerintah Kelantan Tuan Guru juga telah membuktikan bahawa golongan ulamak juga mampu mengurus tadbir negeri.

Katanya, bekas Menteri Besar Kelantan itu telah berjaya memecahkan persepsi sebahagian besar rakyat Kelantan bahkan seluruh negara khususnya terhadap golongan ulama.

"Jika sebelum ini, persepsi rakyat terhadap golongan ulama ialah ulama tidak boleh mentadbir dan hanya layak berada di beranda madrasah atau masjid membelek kitab kuning untuk dibaca di dalam kuliah, tetapi hari ini dengan kejayaan YB Tuan Guru mentadbir negeri Kelantan lebih daripada dua dekad, persepsi ini telah berjaya diranapkan," katanya.

Tuan Guru ujarnya telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah itu sejak tahun 1990 lalu.

Ianya boleh diukur denga pelbagai saranan dan pembaharuan dibuat sehingga membuka mata ramai pihak bahawa sebenarnya Islam lebih layak untuk mentadbir berbanding syariat ciptaan manusia.

Menurut Ahmad lagi, kejayaan pentadbiran Tuan Guru yang memandu masyarakat dengan agama, lebih penting dari kejayaan membina bangunan yang tinggi dan jalan raya yang bersimpang siur.

Umum maklum katanya, bahawa Tuan Guru memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk perjuangan parti bahkan beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya.

Tuan Guru juga sering memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan malah beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

"Sungguh ketara sekali, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.

"Hasilnya, sekalipun silih berganti pemimpin di peringkat kerajaan pusat, kerajaan Kelantan alhamdulillah gagal dijatuhkan dalam enam kali pilihanraya umum berturut-turut, satu tempoh yang cukup lama bagi sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan untuk bertahan sekalipun diasak dengan pelbagai serangan," kata Ahmad.
Selengkapnya

Sabtu, 08 Maret 2014

Jangan Lakukan Seks Jika

Salam semua,



Jika kehamilan anda normal, tidak ada yang perlu anda bimbangkan bila berhubungan intim,namun ada beberapa keadaan tertentu perlu menghindari seks kerana ia boleh mengancam kehamilan. Berikut beberapa keadaan yang membuatkan ibu hamil perlu menghindari seks;-

1.Infeksi penyakit kelamin yang berjangkit,baik pada isteri mahupun suami.
< penyembuhan penyakit kelamin perlu dilakukan bersama-sama.Jika tidak penyakit tersebut kembali menjangkiti isteri daripada suami walaupun isteri sudah menjalani rawatan dan sembuh,atau sebaliknya. Jika penyakit ini tidak juga sembuh ia dibimbangi menjangkiti bayi,misalnya penyakit kelamin seperti GONORRHEA yang boleh menyebabkan buta bila bayi dijangkiti semasa dilahirkan.>


2. Ketuban pecah.
< Keadaan memudahkan kuman dari luar masuk ke dalam kantung ketuban sehingga menjangkiti janin >

3. Plasenta previa
< Kedudukan plasenta atau uri menutupi separuh atau keseluruhan jalan lahir. Hubungan seksual yang dilakukan pada keadaan ini dibimbangi menyebabkan pendarahan sehingga membahayakan ibu dan janin>

4. Pendarahan vagina
< Pendarahan yang tidak jelas punca perlu segera mendapat pemeriksaan doktor dibimbangi ia sebagai tanda-tanda adanya gangguan pada kehamilan seperti tumor di rahim yang selalunya merupakan tanda awal keguguran >

5. Sejarah keguguran
< Ibu hamil yang ada riwayat keguguran sebaiknya mendapat nasihat doktor terlebih dahulu supaya dapat dipastikan kehamilannya cukup sihat dan dalam keadaan normal yang membolehkan hubungan intim dilakukan>

6. Pembukaan pintu rahim
< Pintu rahim yang tidak kuat boleh menyebabkan keguguran. Kerana itu,pintu rahim diikat agar janin tidak mengalami keguguran>




Selengkapnya

Jumat, 07 Maret 2014

Terkejut Melihat Wajah Almarhum Suami Muncul di Dinding Bilik



Andrea Samuels memandangi wajah almarhum suaminya, Brian, di dinding kamarnya.

CUMBRI - Apa yang akan anda rasakan ketika melihat wajah orang yang sudah meninggal, muncul di dinding rumah anda?

Terkejut dan ketakutan. Itulah yang dirasakan Andrea Samuels (41), saat melihat noda tiba-tiba muncul di dinding kamar tidurnya. Ia semakin shock, ketika menyedari bintik kotoran  itu adalah wajah suaminya, Brian, yang meninggal dunia empat tahun silam.

Andrea yang ketakutan lantas memutuskan untuk memanggil seorang pastor Katolik bernama Paul Dadson.

Sang pastor kemudian berdoa dan memercikkan air suci di rumah Andrea di Carlisle, Cumbria, Inggeris.

"Ada beberapa jenis gambar di dinding yang muncul dari kejauhan, seperti sosok seorang lelaki," ujar Dadson seperti diwartakan The Sun, Jumaat (7/9/2012).

Andrea yang sudah tinggal di rumah itu selama 10 tahun, terpaku ketika melihat wajah almarhum suaminya seakan sedang mengawasi dirinya.

"Aku melihat gambar itu selama tiga jam," kata Andrea.

Rumah Andrea menjadi angker setelah anjing peliharaannya yang bernama Hoob mati. Setelah itu, hal-hal ganjil sering terjadi, seperti perabutyang tiba-tiba pecah, atau lukisan yang jatuh dari dinding.

"Dulu aku punya sebuah rumah yang indah, dan itu baru saja," tutur Andrea mengomentari rumahnya yang angker.
sumber
osseram
Selengkapnya

Kamis, 06 Maret 2014

8 Penemuan Sains yang Membuka Mata Dunia

Ilmu pengetahuan terus bergerak maju. Berbagai penemuan baru yang mengejutkan dan membuka mata manusia menjadi tonggak penting dalam peradaban. Bahwa hal yang dulu hanya khayalan telah menjadi kenyataan, serta penemuan-penemuan ini semakin menyadarkan bahwa ada Dzat yang Maha Besar sebagai sumber kehidupan.

Beberapa hal yang patut kita ketahui misalnya terpapar pada 8 daftar di bawah ini.


1. Ununseptium
Unuseptium yang untuk sementara dinamai unsur ke 117 merupakan kombinasi antara isotop berkelium dan kalsium yang diciptakan para ilmuwan di Dubna, Rusia. Para fisikawan mengatakan bahwa unsur ini bisa menunjukkan “island of stability”, dimana unsur yang terberat bisa bertahan selama berbulan-bulan.
Unsur dengan nomor atom 117 ini dibuat dengan cara memborbardir 249Bk dengan ion kalsium dalam siklotron JINR U4000 selama 150 hari yang terdapat di Dubna.

Keseluruhan proses yang memakan waktu tidak lebih dari 320 hari yang merupakan waktu paruh unsur Bk (150 hari dalam siklotron+analisis data+review oleh tim peneliti) ini akhirnya bertinjauan mengtinjauankan 6 atom Ununseptium. Masing-masing dari keenam atom tersebut kemudian meluruh dengan memancarkan partikel alfa menjadi unsur bernomor atom 115 kemudian 113 sampai intinya terbelah menjadi dua atom yang lebih stabil.


2. Gen Penyebab Penuaan
Manusia memiliki sel tubuh yang regeneratif, bisa terus memperbarui jumlahnya. Namun teka-teki penyebab ketuaan menjad perhatian ilmuwan. Secara genetika, ternyata terdapat unsur penyebab kita tak bisa awet muda selamanya.

Dan pada beberapa orang ada yang tampak tua lebih cepat. Apa sebabnya? Para ahli genetika menemukan bahwa hal tersebut disebabkan oleh ulah gen TERC. Gen tersebut menentukan panjang telomer, semacam tutup yang terdapat pada ujung kromosom.

Orang pembawa gen itu akan cenderung mengalami penuaan lebih cepat sebab telomernya akan memendek lebih cepat. Orang yang membawa satu copy gen itu misalnya, akan tampak sama tua dengan orang yang 3-4 tahun lebih tua darinya. Penelitian tentang gen TERC itu dipublikasikan dalam Jurnal Genetics.


3. Planet Ekstra Surya
Para peneliti menemukan bahwa terdapat banyak sekali planet di luar tata surya. Salah satunya adalah planet HIP 13044b yang ditemukan oleh Astronom asal Indonesia, Johny Setiawan. Planet tersebut sebenarnya merupakan planet ekstra surya tetapi masuk ke galaksi Bima Sakti. Penemuan planet ekstra surya lainnya adalah adanya 7 planet yang mengorbit pada bintang HD 10180.

Sementara, penemuan planet lainnya yang juga memukau adalah Gliese 581g, planet ekstra surya dikatakan mengorbit bintangnya pada jarak yang tak terlalu panas ataupun dingin, seperti bumi mengorbit matahari. Digadai-gadai beberapa planet tersebut jadi tujuan manusia sebagai pengganti bumi.

4. Penemuan Metamaterial
Penemuan ini dilakukan oleh Profesor Martin McCall dan Imperial College, London. Metamaterial yang dibuat dikatakan bisa “mengaduk” aliran energi elektromagnetik. cahaya yang melewati metamaterial tersebut akan terhambur secara tidak merata, membentuk gap antara ruang dan waktu.

5. Muons
Para ilmuwan mengatakan bahwa jumlah materi dan anti materi yang ditinjauankan sebelum big bang haruslah berbeda. Hanya perbedaan itulah yang memungkinkan terciptanya semesta. Sebelumnya, perbedaan itu hanya mungkin dalam teori.

Percobaan partikel di Fermilab menemukan bahwa muons (partikel sub atomik seperti halnya elektron) yang ditinjauankan memiliki kelebihan 1% anti muons. Perbedaan muons dan anti muons tersebut memang tidak terlalu banyak. Namun, para ilmuwan mengatakan bahwa jumlah itu cukup untuk memacu terciptanya semesta.

 
6. Bulan Lebih Basah Daripada Sahara
Misi Lunar Crater Observation and Sensing Satellite (LCROSS) bertinjauan menemukan keberadaan air di bulan cukup mengejutkan. Air yang terdapat di kutub selatan bulan itu terdapat dalam bentuk es yang tercampur dengan materi lain. Para peneliti mengatakan, es tersebut bisa diolah menjadi air murni. Dan jumlahnya lebih banyak daripada air di Gurun Sahara.

7. Piramida Teotihuacan di Meksiko
Para arkeolog yang meneliti Piramida Teotihuacan bertinjauan menemukan koridor selebar 12 kaki lengkap dengan bagian atapnya. Dengan penemuan koridor tersebut, para arkeolog berharap bisa mengetahui jalan menuju pemakaman para rabi atau pemimpin agama dalam peradaban Mexico tersebut.


8. Penemuan Australopithecus sediba
Para ilmuwan menemukan fosil Australopithecus sediba, sebuah spesies manusia purba di wilayah Malapa, Afrika Selatan. Fosil tersebut diduga berasal dari masa 2 juta tahun yang lalu. Para palaentolog menduga, fosil tersebut berkaitan dengan fosil manusia purba Homo erectus yang secara evolusioner kemudian berkembang menjadi Homo sapIens atau manusia modern.


sumber
Selengkapnya

Rabu, 05 Maret 2014

Haji Dan Hajah Gembira Anak Jadi Graduan Terbaik


ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri yang baharu pulang daripada mengerjakan haji, meluahkan rasa syukur kerana anak mereka Khalida Ahmad Juhaihi muncul sebagai graduan terbaik keseluruhan (Diploma) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.

Faridah Bohli, 50, berkata beliau dan suami Ahmad Julaihi Zen, 52, tiba di Kuching, Sarawak pukul 7 malam semalam sebelum menaiki pesawat ke ibu negara untuk ke sini pada pukul 8 pagi tadi.

Bagaimanapun mereka terlepas peluang untuk menyaksikan anak keempat daripada lima beradik itu menerima anugerah daripada Pro-Canselor UiTM Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad kerana tiba selepas istiadat selesai pada 11.30 pagi.

“Walaupun terlepas peluang menyaksikan sendiri anak kami terima anugerah, kami tetap gembira berpeluang berada bersama anak saya dan ahli keluarga yang lain pada majlis konvokesyen ini,” katanya kepada pemberita.

Sebanyak 2,680 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis yang julung kali diadakan di kampus Melaka dan berlangsung selama tiga hari sehingga Khamis.

Daripada jumlah itu, 1,402 merupakan graduan diploma manakala 1,278 menerima ijazah sarjana muda.
Bercerita lanjut, Faridah berkata sebelum ini beliau dan suami berpeluang menyaksikan konvokesyen tiga anak lelaki yang juga lulusan UiTM, namun anugerah yang diterima oleh Khalida merupakan yang pertama dalam keluarga mereka.

Sementara itu Khalida yang menerima Diploma Sains Kuantitatif, berkata beliau akan melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Australia Februari depan.

“Tiga faktor kejayaan saya ialah usaha, berkat doa ibu bapa dan tawakal… saya akan memaklumkan ibu dan ayah setiap kali ada ujian atau peperiksaan tidak kira kecil atau besar supaya mereka doakan untuk mudah menjawab soalan,” kata pelajar yang turut menerima Anugerah Naib Canselor itu.

Rektor UiTM Melaka Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim berkata sebanyak 1,099 graduan dari Fakulti Perakaunan; Sains Komputer dan Matematik; Farmasi; Seni Lukis dan Seni Reka, Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi; Pengurusan Hotel dan Pelancongan; serta Perladangan dan Agroteknologi menerima diploma dan ijazah masing-masing pada sidang pertama dan kedua hari ini.

“Daripada jumlah itu juga, 192 graduan menerima Anugerah Naib Canselor atas pencapaian cemerlang mereka yang memperoleh Anugerah Dekan bagi setiap semester sepanjang tempoh pengajian mereka,” katanya.- BERNAMA
Selengkapnya